
VFive Group dinobat terbaik anugerah CSR
KUALA LUMPUR – Syarikat milik penuh Bumiputera, VFive Group baru-baru ini dinobatkan syarikat terbaik dalam Anugerah CSR (Tanggungjawah Sosial Korporat) pada majlis Star Outstanding Business Awards (SOBA).
Pengiktirafan itu diberikan atas penglibatan dan sumbangan VFive kepada golongan kurang bernasib baik dan pihak yang memerlukan khususnya melalui program pendidikan dan kemasyarakatan sepanjang tahun.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasasnya, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, anugerah itu diharap akan menjadi motivasi kepada seluruh kakitangan syarikat dan penanda arus untuk meningkatkan sumbangan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Pengiktirafan ini selari dengan prinsip syarikat yang menerapkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai teras dalam setiap urus niaga yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Majlis Gala SOBA 2023 bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya.
Mohd Syafiq berkata, sepanjang tahun 2023, VFive Group menerusi pertubuhan kebajikannya, Yayasan VFive telah memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi melaksanakan inisiatifinisiatif dan juga program kebajikan.
Antaranya bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam, program Kembara Beras Amal, Berkat Jumaat, Gerobok Rezeki, Sumbangan Bakul Makanan, serta pelbagai lagi program pembangunan modal insan.
“Kami akan sentiasa meningkatkan komitmen serta menggandakan usaha dalam membantu masyarakat yang memerlukan melalui pendidikan, sosial serta kebajikan.
“VFive Group mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” tambahnya lagi.
Sebanyak 122 anugerah kecemerlangan disampaikan pada majlis yang dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama CelcomDigi Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, PKT Logistics Group Sdn Bhd dan juga RHB Bank Berhad selaku penaja utama serta Matrade sebagai rakan promosi perdagangan rasmi.


| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








