BERITA SEMASA

Masjid Al-Ibadah Bukit Piatu terima sumbangan RM25,000

AYER KEROH – Masjid Al-Ibadah Bukit Piatu menerima sumbangan cek cura berjumlah RM25,000 bagi membantu melengkapkan dana pembelian tanah perkuburan untuk kegunaan komuniti setempat.

Sebanyak 28 buah masjid menerima sumbangan RM 3,000 serta 14 buah surau menerima RM 2,000.
Sebanyak 28 buah masjid menerima sumbangan RM 3,000 serta 14 buah surau menerima RM 2,000.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim dalam Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadan Parlimen Hang Tuah Jaya 2026 yang berlangsung di Amverton Resort, di sini hari ini.

Adam Adli berkata, sebanyak 42 institusi ibadah Islam di Parlimen Hang Tuah Jaya turut menerima sumbangan melibatkan 14 masjid dan 28 surau.

50 orang pelajar yang layak menerima tablet di bawah Bantuan Pendidikan.
50 orang pelajar yang layak menerima tablet di bawah Bantuan Pendidikan.

“Setiap masjid menerima sumbangan RM3,000 manakala setiap surau menerima RM2,000 bagi menyokong aktiviti pengimarahan serta operasi institusi berkenaan sebagai pusat komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, seramai 50 pelajar turut menerima bantuan pendidikan berupa tablet bagi membantu keperluan pembelajaran mereka.

Adam Adli turut berkata, sumbangan tersebut diharap dapat membantu memperkasa peranan masjid dan surau selain memastikan kebajikan masyarakat setempat terus diberi perhatian.

“Institusi masjid dan surau bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah berperanan sebagai pusat penyatuan masyarakat serta penggerak aktiviti kemasyarakatan di kawasan setempat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button