Kencing tepi lebuhraya: Polis tahan tiga lelaki
JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki kerana melakukan kelucahan selepas dirakam membuang air kecil di tepi Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL), di sini, semalam.
Polis turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Ng Swie Chait berkata, laporan polis dibuat pada pukul 6.11 petang selepas video dikesan dimuat naik di media sosial pada jam 2 pagi semalam.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 36 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Maju Jaya, di sini, pada jam 9.30 malam tadi.
“Polis turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
“Seorang daripada tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Ketiga-tiga mereka didapati negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Swie Chait berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri.
Terdahulu, video tular memaparkan tiga lelaki berhenti di tepi lebuh raya untuk membuang air kecil, manakala MPV mereka diletakkan dengan lampu kecemasan dipasang.
Video itu dipercayai dirakam oleh seorang pengguna lebuh raya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







