Awie bersama anggota Wings berangkat tunai umrah
KUALA LUMPUR – Penyanyi rock legenda kumpulan Wings, Datuk Ahmad Azhar Osman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama anggota kumpulan itu berangkat ke Tanah Suci, semalam bagi menunaikan ibadah umrah.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di media sosial rasmi Sayap-Sayap Wings yang turut memuatkan foto anggota kumpulan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Hantaran tersebut turut menitipkan doa agar perjalanan mereka dipermudahkan serta segala ibadah yang dilaksanakan diterima dan dikurniakan keberkatan.
“Semoga pergi sebagai tetamu-Nya, pulang membawa umrah yang mabrur, hati yang lebih tenang dan jiwa yang penuh keberkatan,” menurut hantaran berkenaan.
Ucapan itu turut diakhiri dengan doa agar perjalanan Wings ke Tanah Suci berjalan lancar dan semua anggota kumpulan berkenaan selamat kembali ke tanah air.
Selain Awie sebagai vokalis, kumpulan Wings turut dibarisi oleh Edrie Hashim dan Sham, termasuk dua anggota baru, Ilham (bass) dan Pae (dram).
Kali pertama Awie mengerjakan umrah adalah pada tahun 2018 sempena sambutan ulang tahunnya ke 50.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








