BERITA SEMASA

UstazLah seru pencipta kandungan tuntut ilmu, beri nilai positif kepada pengikut

KUALA NERUS – Ustaz Abdullah Abdol Razak menyeru para pempengaruh mahupun sesiapa sahaja yang ingin menjadi pencipta kandungan (content creator) agar melengkapkan diri dengan ilmu.

Menurut Ustaz Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan UstazLah, seruan itu bukan sahaja ditujukan kepada pempengaruh, malah kepada seluruh ahli masyarakat di negara ini.

“Tuntutlah ilmu dan persiapkan diri dengan pendidikan setinggi yang mampu agar kita boleh memberi input yang baik kepada orang ramai.

“Dengan ilmu, kita boleh mendidik dan menjadikan masyarakat kita golongan yang hebat” katanya.

UstazLah menyatakan jumlah pengikut yang ramai di laman sosial sangat membantu dalam membina jenama dan menjana sumber pendapatan.

ā€œMenjadi pempengaruh dengan 15,000 tontonan setiap kali bersiaran dan mempunyai pengikut hampir satu juta orang, beliau menyatakan ini adalah satu platform terbaik baginya menyampaikan ilmu dan dakwah.

“Peluang yang ada saya gunakan sebaiknya dalam memberi nilai-nilai positif untuk para pengikut saya” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau sedar kerjaya sebagai ā€˜content creator’ sekadar bermusim dan atas sebab itu dia membina platform bisnes bagi memastikan kedudukannya terus stabil.

ā€œSaya sedar kerjaya sebagai pempengaruh ini bermusim dan atas sebab itu, saya memberi tumpuan mengasaskan beberapa syarikat untuk menghadapi waktu yang tidak menentu.

ā€œSaya sedar keadaan ini mungkin hanya bertahan sehingga tiga ke lima tahun. Dan sebab itu saya menjalankan kerjasama dengan beberapa syarikat korporat untuk terus relevan,ā€ katanya.

Terdahulu, UstazLah baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Komtemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan keputusan lulus dengan pembetulan kecil dan dicadangkan untuk Anugerah Tesis Terbaik.

Ustazlah pada Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-16 baru-baru ini.

Mengulas lanjut, UstazLah turut mahu memperbetulkan stereotaip yang menyatakan bahawa menjadi pencipta kandungan (content creator) tidak perlu ada ilmu.

ā€œItu yang membuatkan saya sangat bersemangat untuk menamatkan PhD kerana hari ini rata-rata menyatakan tidak perlu belajar tinggi, cukup dengan menjadi ā€˜influencer’ boleh jadi kaya.

ā€œRamai generasi muda yang sudah tidak berminat untuk menyambung pengajian, bagi mereka duit adalah semata-mata. View yang tinggi adalah ā€˜kehidupan’ mereka.

ā€œSaya mahu memberikan kesan bahawa pendidikan adalah satu perkara yang sangat utama, ia teras kehidupan dengan mak ayah juga menetapkan keutamaan dalam pendidikan sejak kecil bermula dengan tadika.

ā€œNabi Muhammad SAW juga mengajar bahawa dalam Al-Quran, perkara pertama yang diajar ialah Iqra.

ā€œMungkin ada yang tidak berpeluang menyambung PhD pun, di mana sahaja mereka berada, mereka perlu belajar dan menuntut ilmu,ā€ ulasnya.

Mengulas akan kejayaannya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam tempoh tiga tahun setengah, UstazLah berkata, sebagai pempengaruh, dia harus memberikan impak positif terhadap pengikut.

ā€œMalah ilmu agama yang disampaikan perlulah tepat dan mengikut landasan Al-Quran dan sunnah, bukannya disampaikan secara semberono.

ā€œAlhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD dalam tempoh tiga tahun setengah di Unisza dalam Fakulti Komtemporari Islam dalam bidang Pengajian Islam.

ā€œPempengaruh juga merupakan salah satu daripada kerjaya dan rezeki dari Allah SWT. Namun yang paling penting ialah ilmu dan sebab itu saya sangat menitikberatkan tentang pendidikan,ā€ ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button