UniSZA nafi tuduhan jual sijil akademik oleh pempengaruh media sosial
KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebarkan tuduhan bahawa pihaknya terlibat dalam penjualan sijil akademik.
UniSZA dalam kenyataan penafian berkata, pihaknya telah membuat laporan polis mengenai penyebaran maklumat palsu di pelbagai platform media sosial demi menjaga kepentingan serta nama baik institusi pengajian tinggi (IPT) itu.
“Pihak universiti sentiasa memastikan pematuhan terhadap tatakelola dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi )KPT).
“UniSZA juga sentiasa diaudit oleh Badan-Badan Akademik dan Profesional yang bertauliah bagi menjaga mutu pendidikan serta graduan yang dihasilkan,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu UniSZA, orang ramai dinasihatkan sentiasa memeriksa kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai atau membuat komen di media sosial.
Sebelum ini tular video di media sosial yang menampilkan seorang pempengaruh dikenali sebagai DM Islam yang mendakwa penuntut terpaksa ‘membeli’ kelulusan Ijazah Sarjana Muda demi untuk mendapatkan pekerjaan dan mendakwa pengajian yang diikuti di universiti berkenaan tidak menjamin masa depannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








