BERITA SEMASA

Ustaz Harryanto Rizal dikejarkan ke hospital, kini dirawat di zon merah

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Harryanto Rizal dilaporkan dikejarkan ke hospital dan kini sedang menerima rawatan di zon merah.

Perkara itu dimaklumkan oleh pendakwah yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Sehubungan itu katanya, semua program ceramah melibatkan beliau ditangguhkan buat sementara waktu.

“Untuk makluman terkini, Ustaz Harryanto Rizal dikejarkan ke hospital dan kini berada di Zon Merah. Segala program ceramah yang terlibat ditangguhkan sementara waktu,” menurutnya.

Dalam pada itu beliau turut memohon orang ramai mendoakan agar Ustaz Harryanto Rizal dikurniakan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan rawatan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai punca beliau dimasukkan ke hospital atau keadaan kesihatan terkini beliau.

Sementara itu, orang ramai menerusi komen dalam hantaran tersebut turut mendoakan kesembuhan buat pendakwah tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button