
BERITA SEMASA
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun ini
KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu, 7 Jun ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446 Hijrah ialah pada 29 Mei 2025 Masihi.
“Oleh yang demikian Hari Raya Korban, 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi,” katanya di sini hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








