LUAR NEGARA

UAE umum tarik diri dari OPEC, OPEC+

DUBAI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengumumkan menarik diri daripada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan OPEC+ dengan alasan “memberi tumpuan kepada kepentingan nasional.”

Laporan AFP yang memetik kenyataan agensi berita WAM berkata, keputusan itu mencerminkan visi strategik dan ekonomi jangka panjang UAE serta profil tenaga yang semakin berkembang.

“Sepanjang tempoh kami (UAE) dalam organisasi ini, kami telah memberi sumbangan besar dan melakukan pengorbanan yang lebih besar demi manfaat semua pihak.

“Namun, sudah tiba masanya untuk kami menumpukan usaha kepada apa yang dituntut oleh kepentingan nasional kami,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Penarikan diri UAE, salah satu pengeluar minyak utama dunia yang sebelum ini tidak bersetuju dengan kuota pengeluaran OPEC, berkuatkuasa kuasa Jumaat ini.

Pengumuman mengejut itu hadir ketika rantaian bekalan minyak dari Teluk kini terjejas akibat sekatan Iran di Selat Hormuz, yang melalui UAE dan biasanya membawa satu perlima daripada bekalan minyak dunia.

UAE, yang turut terjejas akibat serangan Iran, turut berdepan ketegangan dalam hubungannya dengan negara jiran, Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar dunia dan kuasa dominan dalam OPEC.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button