BERITA SEMASA

Tunku Tun Aminah kunjungi pusat penyelidikan, pembuatan HID Global di Kulai

KULAI — Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail baru-baru ini berkenan melawat pusat penyelidikan dan pembuatan HID Global Malaysia.

Pengarah Perniagaan Wilayah APAC-FARGO, Wei Jin Lee berkata, kehadiran Tunku Tun Aminah sangat dihargai dan memberi dorongan yang besar kepada pekerja-pekerja di HID Global.

 

“Kami amat menghargai masa yang diluangkan oleh YAM Tunku Tun Aminah untuk bertemu dengan pekerja-pekerja kami dan mengambil tahu mengenai operasi kami.

“Saya ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian Yang Amat Mulia mengunjungi kilang kami.

“Kunjungan ini bukan sahaja meningkatkan semangat pekerja-pekerja kami tetapi juga menggambar kepentingan industri ini. Kami amat berbangga dengan dorongan yang diberikan oleh Yang Amat Mulia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kilang HID Global di Kulai meliputi kawasan seluas 200,000 kaki persegi siap dibina pada tahun 2005.

Sejak tahun 2021, HID telah membuat pelaburan tambahan hampir RM430 juta untuk menambah ruang pengeluaran, peralatan, jalan raya neutral karbon (panel solar), dan meningkatkan kemahiran pekerja.

Kilang berautomasi tinggi itumenggajikan lebih 800 kakitangan dan menggunakan lebih 600 mesin perakitan robotik serta Sistem MES yang canggih, sejajar dengan aspirasi Industri 4.0 kerajaan Malaysia.

Pelaburan dan komitmen HID di Johor telah membuahkan hasil yang memberangsangkan, dengan menyumbang kepada jualan eksport purata antara RM 300 hingga RM400 juta setiap tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button