SPRM kesan lebih RM1 juta ketirisan cukai menerusi Op Chick
KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan lebih RM1 juta ketirisan cukai daripada 10 kontena yang disita menerusi Op Chick berkaitan kegiatan pengimportan ayam sejuk beku secara haram, baru-baru ini.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, 10 kontena berkenaan mengandungi barangan yang dianggarkan bernilai RM3.747 juta.
“Nilai ketirisan cukai yang dikesan setakat ini ialah RM1,012,573.89.
“Anggaran ini hanya melibatkan barangan dalam 10 kontena yang telah disita,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.
Beliau menambah, sindiket pengimportan ayam sejuk beku haram disasarkan dalam operasi itu dipercayai beroperasi sejak 2006.
Bagaimanapun, katanya, SPRM hanya mula mengumpul risikan bagi mengenal pasti individu yang terlibat pada awal Ogos tahun ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








