BERITA SEMASA

Tindakan kepada Isham Jalil kerana masalah disiplin – Khaled Nordin

KOTA TINGGI – Pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil diputuskan oleh parti kerana tindakannya yang disifatkan menggugat parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, keputusan itu adalah tindakan kerana berlakunya masalah disiplin kerana bersikap bertentangan dengan perlembagaan parti.

“Ada banyak pendekatan yang boleh dilakukan, lebih-lebih lagi beliau adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Perlulah parti ini mengawal, kalau tidak semua orang jadi macam itu, tentu parti bermasalah. Ini soal mengurus ahli parti yang bermasalah.

“Kita seharusnya tahu berorganisasi dan malanglah sebab dia diambil tindakan macam itu,” katanya kepada pemberita di pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi di sini hari ini.

Pada 6 Disember lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengambil keputusan memecat Isham serta merta ketika beliau tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Keputusan itu dipercayai berpunca daripada kelantangan beliau mengkritik kepimpinan parti terutama berkaitan keputusan bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan dan selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilih Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button