Timbalan Perdana Menteri seru rakyat Malaysia raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diseru meraikan semangat perpaduan, menanamkan nilai saling menghormati dan menjadikan Tahun Baharu Cina ini sebagai detik yang penuh makna dalam perjalanan membina sebuah Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walau berbeza latar belakang, kita semua adalah rakyat Malaysia.
Beliau berkata, budaya dan tradisi yang dikongsi bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi juga lambang kebanggaan kita sebagai sebuah negara yang harmoni.
“Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2025 saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengajak rakyat di negara ini meraikan Tahun Baharu Cina dengan penuh kegembiraan, semangat muhibah, toleransi serta kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai.
Fadillah berkata, syukurilah nikmat perpaduan dan keharmonian kaum yang dinikmati di Malaysia kerana ia adalah asas kepada kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.
“Semoga perayaan tahun ular ini mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan perpaduan di kalangan kita serta membawa kebahagiaan yang melimpah, rezeki yang bertambah dan kejayaan kepada semua.
“Saya dan keluarga serta seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Pusat Khidmat P194 Petra Jaya, mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2025,” ujar Fadillah di Facebook.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








