SUKAN

Tiga pemain JDT digantung, MFL akur keputusan FIFA

KUALA LUMPUR – Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia selepas digantung selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

MFL berkata, pengesahan itu dibuat selepas menerima makluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan badan induk dunia tersebut yang turut membabitkan tujuh pemain warisan negara.

“Berdasarkan keputusan FIFA itu, tiga pemain JDT berkenaan tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan.

“Tindakan susulan hanya akan diambil MFL selepas keputusan rayuan FAM diumumkan oleh FIFA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Sebelum itu, FIFA mengenakan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan negara atas isu dokumen kelayakan kewarganegaraan yang didapati tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button