BERITA SEMASA

Tiga menteri angkat sumpah senator bagi penggal kedua

KUALA LUMPUR – Tiga menteri mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, hari ini.

Mereka ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Upacara mengangkat sumpah pelantikan semula itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Sebelum ini, mereka telah mengangkat sumpah bagi penggal pertama pada Disember 2022.

Pelantikan buat penggal kedua itu berkuat kuasa mulai hari ini, 3 Disember 2025, hingga 2 Disember 2028, selaras dengan peruntukan Perkara 45(3) dan (3A).

Awang Bemee dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, selain menyeru mereka supaya menjalankan tugas serta amanah dengan penuh dedikasi bagi memantapkan lagi peranan selaku senator.

“Ketiga-tiga Yang Berhormat merupakan ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertua Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(B) Perlembagaan Persekutuan.

“Selamat berkhidmat dan bertugas,” katanya, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button