POLITIK

[TIDAK RASMI] PH dijangka menang lapan kerusi, PN tewas di semua kerusi

JOHOR BHARU – Pakatan Harapan (PH) dijangka menguasai lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Jangkaan itu berdasarkan kiraan yang hampir selesai di semua saluran mengundi di kerusi DUN berkenaan setakat pukul 8.50 malam tadi.

Antara kerusi menghampiri kemenangan kepada PH adalah DUN Penggaram, Mengkibol, Stulang, Bentayan, Skudai, Puteri Wangsa dan Senai.

Nasib berbeza buat Perikatan Nasional (PN) apabila calonnya tewas di semua kerusi ditandingi termasuk gagal mempertahan kerusi DUN Bukit Kepong, Maharani dan Endau yang dimenangi pada PRN 2022 lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button