AGAMABERITA SEMASA

Tiada tambahan caj haji, semua jemaah boleh ‘terbang’ dengan tenang ke Tanah Suci – Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengesahkan tiada sebarang penambahan (caj) kepada para jemaah haji tahun ini.

Beliau berkata, segala persiapan dan persediaan oleh Tabung Haji berjalan lancar seperti yang dirancang terdahulunya dan memberi jaminan bahawa semua jemaah boleh ‘terbang’ ke Tanah Suci dengan tenang.

On track (di landasan yang betul), tiada perubahan atau penambahan kerana TH sudah mempunyai mekanismenya tersendiri.

“Malah, mereka juga sudah ada ‘task force’ (pasukan petugas) yang merancang pelan kontingensi dan ini bermakna setakat ini tiada (sebarang) peningkatan.

“Kepada semua jemaah haji kita, boleh terbang dengan tenang,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Rahmah Madani MAIWP: Majlis Santunan Kasih Asnaf 2026 di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan, persiapan TH bagi menyantuni seramai 31,600 jemaah bagi musim haji 2026 telah siap sepenuhnya selain memberi jaminan kepada tahap keselesaan dan keselamatan bakal dhuyufurrahman di Tanah Suci.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Mohd Norber Kassim berkata, TH telah bersedia sepenuhnya di lapan stesen di seluruh negara termasuk di Sepang bagi menghantar penerbangan pertama pada Sabtu ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button