BERITA SEMASA

The Asia Records raikan kejayaan individu, organisasi di seluruh Asia

SHAH ALAM – Armani Media Sdn Bhd secara rasminya melancarkan The Asia Records di Malaysia, sebuah platform pengiktirafan berprestij bagi menghargai usaha dan bakat luar biasa individu serta organisasi di seluruh Asia.

Menurut pengasas anugerah itu, Datuk KK Chua, The Asia Records diwujudkan untuk menginspirasi dan mencabar individu serta organisasi agar terus mencapai kejayaan membanggakan.

Beliau berkata, anugerah tersebut mampu menjadi wadah meraikan pencapaian luar biasa rakyat Asia dalam pelbagai bidang termasuk seni, sukan, sains dan khidmat masyarakat

“Kami mahu merakam setiap pencapaian mereka, mempromosikan kecemerlangan serta dedikasi dalam pelbagai bidang. Inisiatif ini bukan sahaja menonjolkan kemampuan orang Asia, tetapi turut memupuk semangat persaingan sihat dan motivasi.

“Dengan 60 peratus daripada populasi dunia berasal dari Asia, kami melihat potensi besar yang masih belum diterokai sepenuhnya di rantau ini,” katanya.

Terdahulu, Majlis pelancaran disempurnakan oleh Penasihat The Asia Records, Tunku Fauzi Tunku Abdul Malek, di Glenmarie 8 Business Park, di sini semalam.

Menurut KK Chua, setiap kejayaan wajar diberi pengiktirafan kerana ia mampu menjadi pemangkin semangat kepada orang lain untuk mencontohi dan mengulangi kejayaan sam.

Sementara itu, Tunku Fauzi Tunku Abdul Malek berkata, ramai individu Asia berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa namun tidak direkodkan, menyebabkan pencapaian mereka tidak diketahui ramai.

“Dengan adanya The Asia Records, kita dapat mendokumentasikan kejayaan mereka sebagai rujukan dan inspirasi kepada generasi lain untuk melakar kejayaan yang lebih besar.

“Kita harus berasa bangga kerana ramai orang Asia berjaya di pentas dunia. Pengiktirafan sebegini penting kerana ia bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi turut mengharumkan nama negara,” katanya.

The Asia Records dijangka menjadi antara anugerah paling berprestij di rantau ini, kedua selepas The Guinness World Records.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button