LUAR NEGARA

Thailand gantung pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja

BANGKOK – Thailand hari ini dilaporkan menggantung pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja selepas dua anggota tenteranya cedera akibat letupan periuk api berhampiran sempadan.

Lapora AFP yang memetik kenyataan Tentera Diraja Thailand berkata, letupan periuk api di wilayah Sisaket itu menyebabkan seorang askarnya mengalami kecederaan parah di kaki, manakala tekanan daripada letupan menyebabkan seorang lagi mengalami sakit dada.

“Kami fikir ancaman keselamatan telah reda, tetapi sebenarnya tidak,” kata Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Pihak berkuasa Kemboja tidak segera mengulas insiden itu, tetapi pada masa lalu, Phnom Penh menafikan tuduhan Bangkok bahawa pihaknya menanam periuk api baharu di sepanjang kawasan sempadan.

Pengisytiharan bersama baharu yang ditandatangani Oktober lalu menyatakan, kedua-dua pihak akan menganjurkan usaha pembersihan periuk api di sepanjang sempadan masing-masing, mengundurkan senjata berat dan membenarkan akses kepada pasukan pemantau gencatan senjata anjuran ASEAN.

Thailand juga berjanji untuk membebaskan 18 askar Kemboja yang telah ditahan sejak beberapa bulan yang lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button