LUAR NEGARA

Dua maut kren tumbang di lebuh raya Thailand, sehari selepas puluhan terkorban tragedi serupa

BANGKOK – Dua individu terkorban selepas sebuah kren pembinaan tumbang ke atas lebuh raya yang sedang dibina di pinggir Bangkok hari ini, dalam insiden terbaharu yang mengaitkan sebuah firma pembinaan utama Thailand dengan dua kemalangan maut dalam tempoh dua hari.

Rakaman kamera papan pemuka menunjukkan kren bersaiz besar itu runtuh secara tiba-tiba, menghasilkan awan debu tebal dan serpihan runtuhan sehingga menyebabkan beberapa kenderaan berhenti dan berundur bagi mengelakkan terkena impak.

Menteri Pengangkutan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, firma pembinaan Italian-Thai Development dikaitkan dengan insiden berkenaan, selain satu lagi kemalangan sehari sebelumnya yang meragut 32 nyawa.

BACA: https://malaysiatribune.news/luar-negara/kren-pembinaan-runtuh-timpa-tren-di-thailand-sekurang-kurangnya-22-maut/

“Ya, ia adalah firma Italian-Thai. Saya masih belum memahami sepenuhnya apa yang berlaku.

“Kita perlu mengetahui fakta sama ada ia kemalangan atau terdapat faktor lain,” katanya kepada media tempatan.

Kren tumbang Thailand
Sebuah tren penumpang tergelincir selepas ditimpa kren tumbang di wilayah Nakhon Ratchasima semalam.

Menurut ketua polis tempatan, Sitthiporn Kasi, kejadian pagi tadi itu berlaku di Lebuhraya Rama II di wilayah Samut Sakhon, di luar Bangkok dan mengorbankan dua orang di lokasi kejadian.

Italian-Thai Development sebelum ini dianugerahkan kontrak pembinaan sebahagian projek kereta api berkelajuan tinggi yang disokong China.

Semalam media melaporkan, sebuah kren besar tumbang di tapak projek itu di wilayah Nakhon Ratchasima, menyebabkan sebuah kereta api penumpang tergelincir dan mengorbankan 32 daripada hampir 200 penumpang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button