BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Peniaga wanita rugi RM571,000 terpedaya pelaburan Facebook

BATU PAHAT – Seorang peniaga wanita berputih mata apabila kerugian lebih setengah juta ringgit selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa berusia 55 tahun itu mula berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp selepas tertarik dengan tawaran pulangan tinggi pada 16 Mac lalu.

“Antara 10 hingga 31 Julai, mangsa membuat beberapa transaksi ke tiga akaun bank berbeza berjumlah RM571,242. Mangsa kemudian melihat paparan keuntungan sebanyak RM804,000 dalam aplikasi pelaburan tersebut.

“Namun, apabila cuba mengeluarkan wang berkenaan, akaun didapati disekat sebelum mangsa menyedari dirinya ditipu kerana tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Shahrulanuar Mushaddat menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan lumayan dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai jenayah komersial melalui portal rasmi Cyber Crime Alert.

Beliau turut menasihatkan mangsa penipuan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi membolehkan tindakan pantas menyekat pengaliran keluar wang dilakukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button