LUAR NEGARA

Tentera AS terus bom kapal disyaki bawa dadah

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mengebom sebuah lagi kapal didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah di Lautan Pasifik timur, mengakibatkan empat lelaki terbunuh.

Setiausaha Perang AS, Pete Hegseth dalam hantaran di akaun X miliknya berkata, “Jabatan Perang”, iaitu nama yang diberikan pentadbiran Presiden Donald Trump kepada Jabatan Pertahanan yang baru dijenamakan semula, telah “melancarkan serangan kinetik maut ke atas sebuah lagi kapal pengedar dadah”.

Beliau berkata, empat pengganas dadah terbunuh dalam serangan ke atas kapal yang “dikendalikan oleh sebuah pertubuhan pengganas”, lapor al-Jazeera.

“Kapal ini, seperti yang lain, dikenal pasti oleh perisikan kami terlibat dalam penyeludupan narkotik haram, bergerak di sepanjang laluan pengedaran dadah yang diketahui, dan membawa dadah,” katanya.

Hegseth turut berkongsi rakaman serangan tersebut dalam hantarannya.

Tiada mangsa dalam serangan itu yang dikenal pasti setakat ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button