BERITA SEMASA

Tengku Mahkota Pahang jayakan penerjunan bebas 10,000 kaki disaksi Sultan Abdullah

BESUT – Keberanian dan semangat tinggi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah terserlah apabila baginda berjaya melaksanakan Latihan Penerjunan Bebas pada ketinggian 10,000 kaki (kira-kira 3,048 meter) di Pangkalan Udara Gong Kedak, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, detik bersejarah itu menjadi lebih bermakna apabila ia disaksikan sendiri oleh ayahanda baginda, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah.

Tengku Hassanal
Tengku Hassanal bersama ayahandanya, Al Sultan Abdullah yang turut menyaksikan acara bersejarah tersebut.

“Kejayaan itu dicatat menerusi Selective Training Record (STR) Latihan Kursus Pasukan Khas Udara (PASKAU) di Pangkalan Udara Gong Kedak.

“Baginda melakukan dua kali terjunan iaitu pada pukul 2.30 petang dan 4.15 petang.

“Baginda dilihat cukup berbangga dengan pencapaian itu yang bukan sahaja mencabar diri tetapi memerlukan disiplin, kawalan mental dan ketahanan fizikal,” menurut hantaran tersebut.

Pada masa sama, pencapaian Tengku Hassanal turut dilihat mampu menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berani mencuba perkara baharu, selain menanam nilai keberanian dan ketabahan dalam diri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button