BERITA SEMASA

Istana Pahang nafi Tengku Hassanal akan berkahwin dengan Faridah

KUANTAN – Istana Pahang menafikan Istiadat Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita pada April tahun depan.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) berkata, hantaran palsu itu dimuat naik seorang wanita di akaun Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_1).

Katanya, dalam hantaran tersebut, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada portal rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang.

Katanya, tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button