
Peguam Najib dedah surat daripada Istana Pahang
PUTRAJAYA – Pihak pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujudnya Titah Adendum yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Menurut peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, surat bertarikh 4 Januari lalu itu, dihantar kepada anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar oleh Pengelola Bijaya Diraja Ke-Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Muhammad Shafee mengemukakan dokumen itu ketika mengemukakan permohonan Najib untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuannya untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung Titah Adendum berkenaan.
Surat tersebut memaklumkan, baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah (House Arrest) melalui Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.
Surat itu selanjutnya menyatakan, sehubungan itu, Pengelola Bijaya bagi pihak Sultan Pahang memperakukan bahawa Titah Addendum adalah wujud dan sahih.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








