BERITA SEMASA

ATM junjung kasih titah Tengku Mahkota Pahang

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih di atas keperihatinan, titah serta pandangan yang dizahirkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung pelaksanaan aktiviti ketenteraan di Pahang.

Menurut ATM dalam satu kenyataan, sebagai institusi pertahanan negara, ATM sentiasa komited memastikan setiap latihan, eksesais dan operasi dilaksanakan secara terancang, profesional dan bertanggungjawab.

“ATM mematuhi sepenuhnya garis panduan, prosedur operasi serta penilaian impak alam sekitar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Langkah mitigasi, pemantauan dan penilaian berterusan dilaksanakan bagi meminimumkan kesan terhadap ekosistem semula jadi,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, ATM juga mengiktiraf kepentingan kerjasama strategik bersama kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, pakar berkaitan dan komuniti setempat.

Sehubungan itu katanya, ATM akan terus memperkukuh mekanisme penyelarasan dan libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan latihan ketenteraan dijalankan secara lebih tersusun, selamat, teratur serta berhemah dengan mengambil kira sensitiviti setempat.

Sementara itu katanya, latihan ketenteraan merupakan elemen kritikal dalam memastikan kesiapsiagaan, keupayaan operasi dan tahap kompetensi angkatan sentiasa optimum demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button