Taufan Ragasa ragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, limpahan lombong punca banjir teruk
TAIPEI – Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan maut di timur Taiwan selepas sebuah lombong sempadan (barrier lake) melimpah akibat hujan lebat yang dibawa Taufan Ragasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Taufan Ragasa juga mencetuskan limpahan air dari tasik berdekatan kawasan pergunungan Hualien yang membawa ke kawasan kediaman berhampiran, menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air.
Menurut Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC), tasik tersebut terhasil selepas peristiwa taufan pada Julai lalu dan keruntuhan bentengnya berlaku semalam sekali gus menenggelamkan kawasan persekitaran.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa 124 penduduk di kawasan terjejas masih dikategorikan hilang setakat ini.
Dalam pada itu, lebih 8,000 penduduk telah dipindahkan awal minggu ini ketika taufan mula menghampiri pada Isnin lalu.
Rakaman televisyen memperlihatkan arus deras merosakkan jambatan dan membawa bersama kenderaan serta objek lain ke kawasan rendah di Pekan Guangfu.
Ia turut menunjukkan penduduk memanjat bangunan dan kenderaan bagi menyelamatkan diri daripada banjir lumpur.
Menurut laporan Reuters, bandar Guangfu menerima gelombang air seperti tsunami selepas lombong sempadan itu pecah dan menghantar gelombang besar ke bandar tersebut.
Dalam perkembangan lain, taufan itu turut menyebabkan 34 orang di Taiwan cedera akibat kejadian cuaca ekstrem ini.
Penduduk kampung menyalahkan kelewatan atau kekurangan amaran awal dalam sistem evakuasi yang disediakan oleh pihak berkuasa.
Di selatan, Taufan Ragasa dijangka terus melanda kawasan selatan China selepas melalui perairan sempadan Taiwan dan Filipina.
Taufan itu antara yang paling kuat tahun ini dan dijangka melemah ketika bergerak ke arah barat laut ke China.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








