Wanita didakwa kes hutang kutu, suami jadi saksi
ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 36 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan hutang permainan kutu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Suaminya yang berusia 39 tahun pula akan dipanggil sebagai saksi dalam prosiding berkenaan.
Pasangan itu sebelum ini direman selama empat hari bermula Khamis lalu sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, media melaporkan pada 4 Ogos tiga beranak dari Bukit Kayu Hitam, dekat sini hilang sejak 20 Julai lalu dan polis tidak menolak kemungkinan kehilangan mereka mempunyai kaitan dengan hutang permainan kutu.
Pasangan suami isteri itu kemudian tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Jitra pada Khamis lalu sebelum ditahan dan direman.
Sebanyak 35 laporan polis dibuat oleh mangsa berusia antara 23 hingga 53 tahun terhadap wanita terbabit berhubung dakwaan penipuan wang permainan kutu yang membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM1.7 juta.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








