LUAR NEGARABERITA SEMASA

Lai Ching-te angkat sumpah sebagai Presiden Taiwan

TAIPEI – William Lai Ching-te hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu negara itu, menggantikan pentadbiran lapan tahun Tsai Ing-wen.

Lai dilantik menjadi presiden keenam Taiwan selepas memenangi pilihan raya dengan undian tipis bagi Parti Progresif Demokratik pada Januari lalu.

Pelantikan anak pelombong arang batu yang dikenali sebagai pembela kedaulatan Taiwan itu dilihat bakal menambah ketegangan dengan China.

China melihat Lai sebagai pembela teguh status qou Taiwan melalui kenyataannya sebelum ini yang berikrar sebagai ‘pejuang’ kepada kemerdekaan Taiwan.

Majlis angkat sumpah di Bangunan Pejabat Presiden Taipei itu turut mengangkat rakan baik Lai iaitu Hsiao Bi-khim sebagai Naib Presiden yang mana kedua-dua mereka merupakan utusan tertinggi Taiwan ke Washington.

Kementerian Luar Negeri Taipei menjangkakan 700 orang kenamaan asing hadir pada majlis angkat sumpah Lai termasuk dua bekas pegawai Amerika Syarikat, Richard Armitage dan Brian Deese bersama dengan seorang pemikir dan ketua kedutaannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button