Tiada bukti kaitan Namawee dengan kematian pempengaruh Taiwan – Peguam Negara
KUALA LUMPUR – Tiada bukti setakat ini yang mengaitkan penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi, Namewee dengan kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata susulan itu, Namewee, 42, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee akan dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini, lapor Sinar Harian, semalam.
“Jika ada perkembangan baharu dalam siasatan, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Arahan juga telah dikeluarkan supaya siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan semua aspek diteliti,” katanya.
Namewee sebelum ini direman dari 5 hingga 13 Nov selepas menyerah diri di IPD Dang Wangi, berhubung siasatan kes kematian pempengaruh tersebut.
Kes itu pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun kemudian disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas polis mengesyaki terdapat unsur jenayah.
Difahamkan, Namewee berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.
Polis masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk terhadap individu terakhir yang bersama mangsa sebelum kematiannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








