BERITA SEMASA

Tanah kubur Kuala Lumpur hanya mampu bertahan enam tahun lagi

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menyediakan tanah seluas kira-kira 90 hektar di Semenyih, Selangor bagi menampung kepadatan tanah perkuburan umat Islam di Kuala Lumpur.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Na’im Mokhtar berkata, jenazah umat Islam di Kuala Lumpur akan dikebumikan di tanah perkuburan baharu yang akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Kerajaan telah mengurniakan satu kawasan yang agak luas di Semenyih bagi tujuan pengebumian umat Islam dari Kuala Lumpur.

“Ini kerana saya dimaklumkan tanah-tanah perkuburan di Kuala Lumpur banyak yang semakin sesak dan hanya mampu bertahan sehingga enam tahun sahaja lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah 2024, di sini hari ini.

Sebelum itu, Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan isu kepadatan tanah kubur di Kuala Lumpur dengan kadar penggunaan mencapai 83 peratus ketika ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button