BERITA SEMASA

Takiyuddin belum beri penjelasan isu Masjid Kg Rusila

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat masih belum menerima penjelasan daripada Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung dakwaan mengaitkan latihan penjawat awam sebuah agensi kerajaan di Masjid Kampung Rusila, Terengganu dengan insiden Memali pada 1985.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata sehingga kini tiada sebarang penjelasan atau bukti dikemukakan oleh Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) itu.

“Setakat ini belum, tetapi saya akan semak sekali lagi,” memetik BH online.

Terdahulu, Dewan Rakyat memberi tempoh sehingga hari ini kepada Takiyuddin untuk tampil memberi penjelasan serta mengemukakan dokumen bagi menyokong dakwaannya bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menceroboh Masjid Kampung Rusila ketika menjalankan latihan.

Ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 dua minggu lalu, Takiyuddin turut menyamakan tindakan itu dengan serangan Memali, sehingga mencetuskan kritikan pelbagai pihak.

Susulan kenyataan tersebut, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat (PH) telah mengemukakan usul supaya Takiyuddin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul itu dibuat bagi memastikan kenyataan yang dianggap serius serta sensitif itu dinilai dan disiasat mengikut prosedur Parlimen bagi menjaga integriti serta imej Dewan Rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button