BERITA SEMASA

Pemuda UMNO beri Yeo Bee Yin tempoh 24 jam untuk mohon maaf

PUCHONG – Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini mendesak Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan biadab terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, permohonan maaf itu perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selain menuntut supaya hantaran berkenaan diturunkan bagi mengelakkan kekeliruan serta suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.

“Permohonan maaf ini perlu dibuat secara jelas dan terbuka. Kami juga menuntut supaya hantaran tersebut diturunkan dalam tempoh 24 jam agar ia tidak terus menimbulkan gambaran tidak tepat dan tidak betul,” katanya pada sidang media di hadapan pejabat Ahli Parlimen Puchong, di sini, hari ini.

Mohd Imran yang turut ditemani lebih 100 Pemuda UMNO dari seluruh Selangor menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan Bee Yin
Mohd Imran yang turut ditemani lebih 100 Pemuda UMNO dari seluruh Selangor menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan Bee Yin

Mohd Imran yang turut ditemani lebih 100 Pemuda UMNO dari seluruh Selangor menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan Bee Yin yang disifatkan sebagai kurang bijak dan tidak bertanggungjawab.

Pemuda UMNO beri Yeo Bee Yin 24 jam untuk mohon maaf

“Memorandum dua muka surat itu mengecam kenyataan bersifat sindiran, memperlekeh serta seolah-olah meraikan kesusahan pihak lain, khususnya berkaitan proses kehakiman yang masih tertakluk kepada hak dan ruang perundangan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Puchong, Khairul Azmil Bashir Mohamed berkata, sekiranya desakan untuk meminta maaf secara terbuka itu gagal dipenuhi Bee Yin, UMNO Bahagian Puchong akan memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Puchong serta-merta.

“Ia selaras dengan pendirian mempertahankan maruah parti, menghormati institusi Raja-Raja Melayu serta menolak budaya politik angkuh dan mencabar prinsip asas perpaduan negara,” katanya.

Bee Yin semalam memuat naik satu hantaran di media sosial dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan Titah Adendum.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Alice Loke Yee Ching yang memutuskan bahawa Titah Adendum berkenaan tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button