Tengku Zafrul tunai ibadah haji, mohon maaf sebelum berangkat
PETALING JAYA– Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada musim ini.
Sehubungan itu, beliau mengambil kesempatan memohon maaf daripada semua pihak sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang perkenalan dan urusan beliau selama ini.
“Malam tadi saya dikelilingi insan-insan tersayang dan sahabat handai dalam satu majlis doa selamat sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
“Saya memohon kemaafan kepada semua yang membaca coretan ini andai ada terkasar bahasa, tersilap kata atau apa-apa kekurangan,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial.
Tengku Zafrul turut menzahirkan penghargaan atas doa serta sokongan berterusan yang diberikan kepadanya oleh pelbagai pihak.
“Semoga ibadah ini diterima dan dikurniakan haji yang mabrur. Insya-Allah, saya akan manfaatkan setiap detik di sana sebaik mungkin. Doakan saya,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








