BERITA SEMASAPMX

Syarikat multinasional main peranan penting cipta pekerjaan berpendapatan tinggi – PM

KUALA LUMPUR – Syarikat multinasional yang mempunyai kapasiti besar seperti Grab Holdings Inc. (Grab) berperanan penting dalam mencipta pekerjaan berpendapatan tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, usaha tersebut juga perlu merangkumi pembangunan kapasiti dalam bidang kecerdasan buatan (AI), selaras dengan hasrat kerajaan melakar masa depan ekonomi negara.

“Kerajaan akan terus menyokong inisiatif dan komitmen syarikat berkenaan agar manfaat teknologi serta ekonomi digital dapat dinikmati bersama,” katanya di Facebook.

Perdana Menteri berkata, perkara itu antara agenda utama yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat daripada Pengasas-bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab, Anthony Tan bersama delegasi semalam.

Beliau bekata, antara perkara yang turut dibincangkan termasuk pemberian had kelayakan tambahan kepada pemandu e-hailing susulan pelaksanaan BUDI95.

“Saya mengambil maklum pandangan yang disampaikan dan kerajaan akan membantu pemandu e-hailing, selaras peranan penting mereka dalam sistem pengangkutan awam negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button