BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Sugarbomb perkenal koleksi Heritage di pameran antarabangsa Dubai

DUBAI – Jenama pewangi tempatan, Sugarbomb, terus membanggakan nama Malaysia di pentas dunia apabila menjadi wakil tunggal ASEAN pada pameran antarabangsa Beautyworld Middle East 2025 yang berlangsung di Dubai World Trade Centre baru-baru ini.

Penyertaan kali ini menandakan tahun kedua berturut-turut Sugarbomb berada di acara berprestij itu.

Menerusi acara itu, Sugarbomb tampil dengan kelainan baharu apabila memperkenalkan Sugarbomb Heritage Collection, iaitu koleksi eksklusif lima wangian ikonik iaitu Bara Senja, Suci Nurani, Titis Embun, Seloka Malam dan Gemersik Sutera.

Sugarbomb
Ruang pameran Sugarbomb di Dubai menarik perhatian pengunjung antarabangsa yang teruja mencuba sendiri wangian berinspirasikan warisan Malaysia.

Menariknya, koleksi berkenaan mendapat pengiktirafan serta kerjasama daripada Givaudan, salah satu pembekal minyak wangi terbesar dunia, yang sekali gus mengukuhkan kredibiliti dan kedudukan Sugarbomb di peringkat antarabangsa.

Dalam usaha memperkukuh identiti warisan Malaysia, Sugarbomb turut bekerjasama dengan Tinta Sutera, pengilang batik dari Kelantan, untuk mencanting motif batik eksklusif pada penutup botol setiap wangian, menjadikan setiap rekaan unik dan tiada yang serupa.

Kunjungan konsulat General of Malaysia, Dubai, MATRADE, Tourism.

Jurucakap Sugarbomb berkata, langkah itu mencerminkan komitmen jenama tersebut dalam mengangkat budaya tempatan ke peringkat global.

“Kami bangga membawa warisan Malaysia ke pentas dunia melalui seni batik dan wangian. Ini lebih daripada sekadar produk, ia adalah cerita tentang budaya dan inovasi,” katanya.

Setakat ini, Sugarbomb telah berjaya melebarkan rangkaian pengedaran rasmi ke Dubai, Filipina, Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom serta India, dan kini menyasarkan pasaran Eropah, Argentina serta Amerika Utara.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi www.sugarbombgroup.com atau di media sosial @sugarbombgroup.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button