LUAR NEGARA

Suami ceraikan isteri selepas anak dilahirkan berkulit gelap

SHANGHAI – Seorang wanita yang baharu menjalani prosedur ‘caesarean’ diceraikan suaminya apabila bayi yang dilahirkan berkulit gelap.

Laporan akhbar China Times memberitahu, suami wanita itu turut tergamak meminta ujian paterniti dilakukan ke atas bayi lelaki tersebut hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.

Sedih dengan kejadian, wanita berusia 30 tahun itu kemudiannya berkongsi pengalamannya itu di media sosial dan turut meminta nasihat para ibu lain bagi menangani situasi berkenaan.

“Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan,” kongsinya.

Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu gelap dan berlainan daripada mereka.

“Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki kulit hitam,” tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah berlaku curang kepada suaminya.

Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

“Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan,” kata seorang pengguna media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button