SPRM sahkan Albert Tei tandatangani senarai sitaan
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing menandatangani sendiri senarai penyitaan barangan miliknya pada hari penahanan, sekali gus menafikan dakwaan kononnya rampasan dibuat secara tidak mengikut prosedur.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, salinan dokumen rasmi Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 turut diserahkan kepada Albert pada 28 November 2025.
Menurut kenyataan itu lagi, barangan yang disita termasuk telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang diklasifikasikan sebagai bahan bukti bagi membantu siasatan.
“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas bahawa pegawai kami merampas barangan milik Albert Tei tanpa mematuhi prosedur.
“SPRM sentiasa menjalankan tugas berpandukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” tegasnya.
Penjelasan itu menyusul selepas laporan portal yang memetik peguam mewakili isteri Albert Tei mendakwa rampasan dibuat secara tidak sah dan memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk mengemukakan inventori harta susulan penahanan Albert tiga hari lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








