JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM sita RM11.4 juta barangan milik bekas Panglima Tentera Darat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset bernilai RM11.4 juta hasil pemeriksaan di dua kediaman milik bekas Panglima Tentera Darat yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah tender perolehan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, rampasan aset tersebut dilakukan di dua lokasi utama iaitu sebuah kediaman di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Besut, Terengganu, hasil maklumat risikan serta tindakan proaktif pegawai SPRM.

“Daripada jumlah sitaan, wang tunai berjumlah RM4.4 juta, mata wang asing bernilai RM1.4 juta, selain pelbagai aset mewah termasuk 26 unit jam tangan bernilai RM2.3 juta, kebanyakannya jenama Rolex,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Baca juga : Bekas Panglima Tentera Darat mohon bersara awal 1 Januari – Khaled Nordin

panglima
Barangan rampasan berkaitan kes rasuah membabitkan bekas Panglima Tentera Darat dipamerkan semasa sidang media khas SPRM. – Foto Hafiz Aiman/Malaysia Tribune

Azam berkata, SPRM turut menyita jongkong dan bar emas seberat 3.7 kilogram dianggarkan bernilai RM2.5 juta, barangan kemas, sebuah kenderaan mewah jenis Range Rover SVR, serta pelbagai aset lain menjadikan jumlah keseluruhan sitaan fizikal mencecah RM11.4 juta.

@malaysiatribune

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, rampasan aset tersebut dilakukan di dua lokasi utama iaitu sebuah kediaman di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Besut, Terengganu. #malaysiatribune #sprm #aset #videoreelsシ #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Selain itu, sebanyak 75 akaun syarikat dengan anggaran nilai RM32.5 juta turut dibekukan bagi tujuan siasatan lanjut.

panglima
Barangan rampasan berkaitan kes rasuah membabitkan bekas Panglima Tentera Darat dipamerkan semasa sidang media khas SPRM. – Foto Hafiz Aiman/Malaysia Tribune

Azam berkata, setakat ini 23 individu telah ditahan bagi membantu siasatan, melibatkan 22 kertas siasatan kesalahan jenayah yang berasingan dan satu kertas siasatan pengubahan wang haram.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009, masing-masing berkaitan penerimaan suapan serta salah guna kuasa, selain satu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Bekas Panglima Tentera Darat yang sebelum ini direman telah dilepaskan, namun siasatan terhadapnya masih diteruskan.

“Siasatan ini hampir selesai dan saya telah mengarahkan pegawai penyiasat supaya kertas siasatan disiapkan selewat-lewatnya Isnin minggu hadapan sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk keputusan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Azam tidak menolak kemungkinan satu atau dua individu akan dicadangkan untuk pertuduhan dalam masa terdekat, tertakluk kepada keputusan pihak pendakwaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button