JENAYAH & MAHKAMAH

[VIDEO] SPRM Melaka tahan 2 anggota polis disyaki minta, terima rasuah

MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan dua anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu berkaitan kes dadah.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an itu kini direman selama enam hari sehingga 16 Februari bagi membantu siasatan kes itu.

@malaysiatribune

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan dua anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu berkaitan kes dadah. #malaysiatribune #beritasemasa #sprm

♬ Minimal for news / news suspense(1169746) – Hiraoka Kotaro

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika hadir proses kawad cam di pejabat SPRM Melaka.

“Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan itu 5 Januari lalu di Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka.

“Mereka dipercayai menerima wang rasuah itu secara tunai,” kata sumber berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button