HIBURAN

Sophia Albarakbah pilih profesional, enggan layan spekulasi ‘perang dingin’ dengan Bella Astillah

PUTRAJAYA – Walaupun suasana di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) malam tadi mencetuskan pelbagai spekulasi, pelakon Sophia Albarakbah memilih untuk bersikap profesional dan tidak melayan dakwaan wujud ‘perang dingin’ dengan penyanyi, Bella Astillah.

Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, berkata, tumpuannya pada malam itu adalah pada kemenangan mengejutnya dalam kategori Selebriti Feminin Terhangat dan bukan isu peribadi.

“Bagi saya, okey sahaja. Kami berada dalam industri sama, jadi tak perlu pun nak fikir bukan-bukan.

“Mungkin cara Bella sampaikan anugerah nampak begitu, tapi saya tak anggap itu satu sindiran. Saya bersyukur sangat dengan pengiktirafan ini,” katanya pada sidang media selepas majlis AMT 2025, memetik laporan Kosmo! Online.

Kehadiran Bella di pentas untuk menyampaikan trofi kategori Selebriti Feminin Terhangat menimbulkan tanda tanya ramai apabila penyanyi itu kelihatan kurang selesa ketika menyebut nama Sophia sebagai pemenang.

Bella ketika menyampaikan anugerah Selebriti Feminin Terhangat kepada Sofia sempena Anugerah Melodi Terhangat 2025 di Kuala Lumpur malam tadi.

Lebih menguatkan spekulasi, Bella dilaporkan terus meninggalkan lokasi sejurus acara tamat dan tidak hadir ke bilik sidang media walaupun turut memenangi kategori Selebriti Couple Goals Terhangat bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Momen di atas pentas yang menyaksikan kedua-dua selebriti itu langsung tidak berpandangan mahupun berinteraksi mesra pantas tular di media sosial, malah netizen menggelar situasi tersebut sebagai awkward dan menyatakan Bella kelihatan ‘terpaksa’ mengumumkan kemenangan Sophia.

Nama Sophia sebelum ini pernah dikaitkan dengan kemelut rumah tangga Bella dan bekas suaminya, Aliff Aziz sekitar 2023.

Ketika kontroversi memuncak, Bella mendedahkan mesej peribadi yang menunjukkan permohonan maaf daripada Sophia.

Pasangan itu akhirnya disahkan bercerai talak satu pada 13 Jun 2024 selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button