BERITA SEMASA

Siri jelajah Karnival Jom Masuk U bermula 19 April ini

PUTRAJAYA – Karnival Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) meneruskan siri jelajah ke sembilan zon seluruh negara bermula 19 April sehingga 18 Mei depan.

 

 Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, karnival itu dengan bermula di dua zon iaitu Sandakan, Sabah dan Kuala Nerus, Terengganu.

“JMU 2025 yang diajurkan kementerian ini merupakan antara inisiatif utama KPT dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar seluruh negara, terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf.

“Karnival ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siri jelajah Karnival Jom Masuk U bermula 19 April ini.

Melalui karnival ini, katanya, pelajar akan didedahkan dengan panduan lengkap proses permohonan UPUOnline®, pilihan program pengajian mengikut minat dan kelayakan peluang tajaan, pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan  Interaksi terus bersama wakil IPTA dan alumni.

Dalam pada itu katanya, terdapat pelbagai aktiviti bermanfaat dan interaktif selain menghadiri secara fizikal, pelajar dari seluruh negara juga boleh mengikuti JMU 2025 secara maya menerusi siaran langsung dan perkongsian kandungan di media sosial rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA).

“Kementerian turut menyeru semua pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor serta orang awam untuk mengambil bahagian dalam JMU 2025 bagi mendapatkan maklumat, membuat pilihan tepat dan membina masa depan yang lebih terancang dalam pendidikan tinggi,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button