AGAMABERITA SEMASA

Sijil UPKK 2024 telah siap untuk diedar – JAKIM

PUTRAJAYA – Sijil Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 telah siap dicetak dan sedang diedarkan secara berperingkat ke seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, proses penghantaran sijil kini sedang dilaksanakan kepada semua Agensi Pelaksana KAFA di peringkat negeri bagi tujuan edaran kepada sekolah-sekolah berkaitan.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

“Bagaimanapun, sijil bagi dua negeri iaitu Wilayah Persekutuan dan Selangor masih berada dalam proses cetakan dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat.

“Semua calon UPKK Tahun 2024 boleh mendapatkan Sijil UPKK masing-masing melalui sekolah tempat mereka menduduki peperiksaan,” kata Sirajuddin dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan JAKIM itu dibuat susulan susulan pertanyaan ibu bapa mengenai sijil keputusan tersebut selepas pengumuman keputusan peperiksaan pada 20 Mac lalu.

Dalam pada itu, JAKIM turut menegaskan bahawa slip keputusan fizikal UPKK Tahun 2024 yang telah diterima sebelum ini adalah sah dan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan bagi permohonan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button