Shila Amzah dakwa diserang verbal: Kertas siasatan dirujuk kepada TPR hari ini
KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung dakwaan penyanyi Shila Amzah diserang secara verbal oleh seorang penyanyi legenda dijangka dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan kini dalam proses melengkapkan dokumentasi dengan empat keterangan saksi termasuk pengadu telah direkodkan setakat ini.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan dijangka dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Negeri Kuala Lumpur, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pihak polis akan menunggu arahan lanjut daripada pendakwa raya selepas penyerahan kertas siasatan tersebut.
Kes berkenaan mencuri perhatian ramai selepas Shila dalam satu hantaran di media sosial mendakwa dirinya ‘diserang’ oleh seorang penyanyi senior ketika sesi latihan konsert baru-baru ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








