BERITA SEMASADALAM NEGERI

Shamsul Iskandar kembali pimpin KEADILAN Hang Tuah Jaya

MELAKA – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kembali menerajui Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Hang Tuah Jaya bagi 2025–2028 selepas menang dalam pemilihan parti itu semalam.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Jabatan Pemilihan Parti (JPP), sekali gus mengesahkan kepulangan beliau sebagai ketua cabang selepas mendapat kepercayaan majoriti anggota parti.

JPP berkata, kemenangan itu adalah bukti sokongan terhadap kepimpinan beliau dan pasukan yang bernaung di bawah tema “Keadilan Memimpin”.

Ia juga menandakan kemunculan semula seorang tokoh berpengalaman dalam landskap politik Melaka.

“Shamsul dijangka memberi tumpuan kepada usaha menyusun semula organisasi Cabang Hang Tuah Jaya dan memulakan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijangka berlangsung pada tahun hadapan.

“Sesungguhnya kepimpinan itu merupakan satu amanah, bukannya suatu kemegahan,” katanya dalam kenyataan itu.

KEADILAN berharap seluruh anggota parti dapat berganding bahu bersama kepimpinan baharu demi memastikan kesinambungan perjuangan serta memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button