BERITA SEMASA

Melaka tingkat kesiapsiagaan hadapi cuaca panas, bekalan air terkawal

AYER KEROH – Kerajaan Negeri Melaka memperkukuh kesiapsiagaan bagi menghadapi kesan cuaca panas dan kering ketika ini, namun bekalan air di negeri itu masih berada pada tahap terkawal dan belum memerlukan pelaksanaan catuan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, paras air di empangan utama negeri masih stabil setakat ini, namun pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan bekalan tidak terjejas.

“Kerajaan negeri akan terus mendapatkan maklumat terkini daripada agensi berkaitan termasuk badan kawal selia air bagi memastikan sebarang perubahan dapat dimaklumkan kepada rakyat dengan segera,” memetik Awani online.

Menurutnya, antara langkah yang diambil termasuk usaha meningkatkan kecekapan pengurusan air dengan mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) kepada sekitar 50 peratus, antaranya melalui pengurangan tekanan air pada waktu malam bagi mengelakkan pembaziran.

“Langkah ini membantu kita mengawal pembaziran air dan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber, sekali gus antara usaha menghadapi kesan cuaca panas sekarang,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ab Rauf menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air secara berhemah dan tidak menolak kemungkinan sebarang langkah penjimatan air akan diumumkan sekiranya cuaca panas berpanjangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button