SUKAN

Sepak takraw: Trio Syahir ‘libas’ Singapura, Malaysia juara Kumpulan A

KUALA LUMPUR – Regu sepak takraw negara mempamerkan aksi bertenaga apabila menewaskan Singapura 2-0 untuk muncul juara Kumpulan A saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, hari ini.

sepak takraw malaysia
Malaysia tunddukkan Singapura langkah ke suku akhir malam ini menentang Filipina.

Skuad negara yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam tidak berdepan banyak masalah untuk menguasai permainan sejak set pertama.

Malaysia yang turun selaku pilihan utama kejohanan menunjukkan dominasi jelas apabila menang set pertama 15-9 hasil rejaman kemas serta variasi serangan yang menyukarkan pihak lawan.

Singapura cuba memberi saingan menerusi gandingan Muhammad Effendy Khamis, Muhammad Tasman Mohammad Belal dan Abdul Hammirruddin Mohd Noor, namun gagal menyaingi tempo permainan pantas skuad negara.

Pada set kedua, Malaysia melakukan beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhamad Noraizat Mohd Nordin, namun rentak permainan tetap konsisten.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila regu negara terus menekan lawan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan meyakinkan 15-5.

Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia muncul juara Kumpulan A dan dijadualkan berdepan Filipina yang muncul naib juara Kumpulan D pada aksi suku akhir malam ini.

Jurulatih negara menyifatkan kemenangan itu sebagai petanda positif dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Dunia yang dimenangi sebelum ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button