Semua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiar secara langsung
KUALA LUMPUR – Kaki bola kini boleh menarik nafas lega apabila Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 akan disiarkan secara langsung.
Fahmi turut mengumumkan pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan pihak UNIFI TV sebagai penyiar rasmi temasya berkenaan.
“Piala Dunia FIFA 2026 akan disiarkan di pelbagai platform termasuk MyTV menerusi dan platform OTT menerusi RTM Klik dan UNIFI TV bagi memastikan akses yg menyeluruh kepada penonton di seluruh negara
“Liputan menyeluruh merangkumi semua 104 perlawanan akan disiarkan di UNIFI TV manakala RTM akan siarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda
“Ini memberi kepelbagaian pilihan tontonan kepada peminat,” kata Fahmi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan pasca Kabinet, di sini hari ini.
Temasya Piala Dunia bagi tahun 2026 akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







