Selepas Iran, Israel ‘cuba gambarkan Turkiye sebagai musuh baharu’
ISTANBUL – Israel “tidak boleh hidup tanpa musuh” dan kerajaan Benjamin Netanyahu kini sedang cuba menggambarkan Turkiye sebagai musuh baharu, kata Menteri Luar Turkiye, Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan.
“Selepas Iran, Israel tidak boleh hidup tanpa musuh.
“Kami melihat bukan sahaja pentadbiran Netanyahu, malah beberapa tokoh dalam pembangkang, walaupun bukan semuanya, sedang berusaha untuk mengisytiharkan Turkiye sebagai musuh baharu,” kata Fidan dalam temu bual yang disiarkan oleh agensi berita milik kerajaan, Anadolu Agency.
Ketegangan antara Turkiye dan Israel semakin memuncak sejak perang Gaza tercetus susulan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023 di Israel.
Pertikaian itu memasuki fasa baharu hujung minggu lalu selepas Presiden, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat, Donald Trump, mengenai “kemungkinan provokasi dan sabotaj” yang boleh menjejaskan perjanjian gencatan senjata awal dalam perang AS-Israel terhadap Iran.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar pada hari Sabtu bahawa Israel akan terus berdepan dengan Tehran dan sekutu serantaunya.
“Ini adalah perkembangan baharu di Israel… yang kini berubah menjadi satu strategi negara,” tambah Fidan lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








