
Selepas Akhyar dan Faisal Halim, Safiq Rahim pula jadi sasaran serangan
JOHOR BAHRU – Insiden serangan melibatkan pemain bola sepak semakin menjadi-jadi apabila terbaharu pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim pula menjadi mangsa penyerang yang tidak dikenali.
Dalam kejadian di Jalan Seri Gelam di sini malam tadi, kereta yang dipandu Safiq dipecahkan dan dipukul menggunakan tukul oleh dua penyerang yang membonceng sebuah motosikal.
Menurut Safiq dalam satu laporan polis yang dimuatnaiknya dalam laman Instagram miliknya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 malam selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT di Seri Gelam.
Katanya ketika menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City yang dipandunya secara tiba-tiba dipintas sebuah motosikal.

“Salah seorang pembonceng motogikal, tersebut mengeluarkan bebatang tukul besi lalu mengetuk cermin bahagian belakang kereta saya
“Ketukkan tersebut menyebabkan saya terkejut dan saya memberhentikan kereta saya kemudian leelaki tersebut berhenti di hadapan sambil menunjukan tukul arah saya,” katanya.

Safiq berkata, akibat takut dia mengundurkan kereta dan lelaki tersebut terus beredar dari lokasi tersebut.
Katanya, akibat serangan itu menyebabkan cermin bahagian belakang keretanya pecah.
Insiden terbaharu itu merupakan yang ketiga selepas Faisal Halim dan Akhyar Rashid diserang baru-baru ini.
Faisal Halim yang kini berada dalam keadaan kritikal diserang dengan disimbah asid ke arahnya manakala Akhyar dipukul di kepala dalam satu kejadian samun di Kuala Terengganu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








